Nov
19
Filed Under (Uncategorized) by pkgbg09 on 19-11-2009

Keputusan peperiksaan bagi UPSR tahun 2009 telah dikeluarkan pada 19 November 2009 pada jam 10.00 Pagi di Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan bagi sekolah-sekolah kelompok daerah kinta selatan. Bagi SK Seri Jaya, seorang murid mendapat 5A dan 6 orang murid mendapat 4A 1B. Tahniah dan syabas buat murid-murid tersebut. Diharapkan kejayaan ini dapat berterusan di masa akan datang.

Satu taklimat pengurusan dan pemurnian Edublogs sekolah-sekolah kelompok PKG Batu Gajah telah dijalankan. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Timbalan PPD Kinta Selatan.

Satu taklimat pengurusan edublogs bagi sekolah-sekolah kelompok PKG Batu Gajah akan dijalankan seperti berikut :

Tarikh      : 18 November 2009
Hari          : Rabu
Masa        : 8.00 Pagi
Tempat    : Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah

Sehubungan itu, Tuan/Puan hadir ke bengkel tersebut agar segala perancangan direncanakan dengan jayanya. Diminta membawa bersama LAPTOP dan EXTENSION PLUG untuk bengkel tersebut.

Diharapkan Tuan/Puan dapat mengemaskini terlebih dahulu Blogs Sekolah masing-masing sebelum bengkel tersebut.

Nov
10
Filed Under (Uncategorized) by pkgbg09 on 10-11-2009

Majlis Anugerah NILAM Daerah Kinta Selatan telah mengadakan Anugerah NILAM Daerah Kinta Selatan 2009.

Majlis tersebut telah dianjurkan bersama dengan Anugerah Gemilang Kinta Selatan.

Majlis tersebut berlangsung di:

Tempat            :SBPI Gopeng

Masa                 : 8.30 pagi (4 November 2009)

Perasmi          : Cik Nolee Asyleen (Adun Tualang Sekah)

Oct
24
Filed Under (Uncategorized) by pkgbg09 on 24-10-2009

Pegawai Teknologi Pendidikan 2 Pusat kegiatan Guru Batu Gajah En. Ramlan Jafery telah bertukar ke Pusat Kegiatan Guru Bagan Datoh mulai 1 Oktober 2009 atas tiket Pegawai Teknologi Pendidikan 1. Mulai tarikh tersebut segala urusan berkaitan dengan bidang tugas PTP 2 akan diuruskan oleh PTP 1 PKG Batu Gajah , En Hazhartul Azizdin.

Oct
22
Filed Under (Uncategorized) by pkgbg09 on 22-10-2009

Assalamualaikum,



Tuan/Puan,



Pelanggan yang dihormati.

Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak GITN Sdn. Berhad (GSB) telah
mewujudkan portal bagi memudahkan pengguna untuk mengemaskini dan
memperbaharui lesen antivirus (Kaspersky). Berikut ialah tatacara bagi
mengemaskini dan memperbaharui lesen antivirus:



1)    Akses ke laman web http://kaspersky.schoolnetwork.com.my/
<http://kaspersky.schoolnetwork.com.my/>  atau http://10.251.3.133
<http://10.251.3.133/>  melalui rangkaian SchoolNet

Nama pengguna    : kav

Kata laluan           : kav123



2)    Anti-Virus Kaspersky (KAV) “expired”

Pilih menu 3: Muat Turun License Update, untuk melanjutkan
tempoh antivirus KAV sehingga 31 Disember 2009



Atau



3)      Pemasangan perisian KAV pada PC yang telah diformat

Pilih menu 2: Muat Turun Anti-Virus Kaspersky (Versi Terkini)



Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut, silalah berhubung
terus dengan Meja Bantuan GITN di talian 1-300-88-2888 atau e-mel ke
helpdesk@gitn.com.my <mailto:helpdesk@gitn.com.my> .



Sekian, terima kasih.





Mohd Redzuan Md Hazani

Pengurus

Unit Akaun Premium

Pemasaran, Jualan & Komunikasi

GITN Sdn. Berhad



Oct
15
Filed Under (Uncategorized) by pkgbg09 on 15-10-2009

Satu Khidmat Bantu Konfigurasi telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf. Konfigurasi ini telah dibantu oleh semua Juruteknik Komputer FT17 PKG Kinta Selatan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dan juga Juruteknik Komputer FT17 SK Seri Jaya. Ribuan terima kasih diucapkan atas bantuan yang telah diberikan.

Oct
09

Bengkel Pengisian Data PSS Berkomputer (IQPSS) telah diadakan bagi sekolah-sekolah kelompok PKG Batu Gajah dan PKG Tanjung Tualang. Bengkel tersebut telah berlangsung pada:

Tarikh : 7 Oktober hingga 8 Oktober 2009
Masa : 2.00 Petang hingga 5.00 Petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah
Kehadiran : Guru Perpustakaan Dan Media

Penceramah bagi bengkel tersebut ialah Pegawai Teknologi Pendidikan 1 PKG Batu Gajah, En. Hazhartul Azizdin Bin Azidin, Pegawai Teknologi Pendidikan 2 PKG Tanjung Tualang, En. Abd Razak Bin Ahmad Shamsuddin dan dibantu oleh Juruteknik Komputer PKG Batu Gajah, Hafiz Bin Hambali.

Panitia Bahasa Melayu Daerah Kinta Selatan telah menganjurkan Bengkel Pembinaan Item Mata Pelajaran Bahasa Melayu Untuk Ketua Panatia Sekolah Kebangsaan Daerah Kinta Selatan Tahun 2009. Bengkel tersebut telah berlangsung pada:

Tarikh : 7 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah
Kehadiran : Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Daerah Kinta Selatan

Penceramah bagi bengkel tersebut telah dijemput khas dari Kuantan, Pahang iaitu En. Razali Bin Yahya dan dipengerusikan oleh Puan Hjh. Nyak Azlina bt. Nyak Chik, Guru Besar SK Seri Jaya yang juga merupakan Pengerusi Panitia Bahasa Melayu Daerah Kinta Selatan.

Sep
17

Filed Under (Maklumat Semasa) by pkgbg09 on 17-09-2009


I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.